Latar belakang Saiful_Bukhari_Azlan

Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya Azlan Mohd Lazim dan Allahyarhamah Halina Mohd Alip (1962-2004).[2] Ibunya, Halina merupakan seorang pelakon dan model yang terkenal pada era 1980an dan meninggal pada Julai 2004 kerana kanser payudara.

Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Saiful Bukhari yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya pada 2007. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.[3]

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran. Dia mengaku tidak menamatkan pengajiannya walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.[4]

Rujukan

WikiPedia: Saiful_Bukhari_Azlan http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35307... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/muf... http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-... http://profiles.friendster.com/saifulbukhari http://www.malaysiakini.com/news/85978 http://www.malaysiakini.com/news/98958 http://putrawangsa.com/anwar-ibrahim-liwat-mohd-sa... http://putrawangsa.com/laporan-polis-saiful-bukhar...